![]() |
| Izara Ahlaami binti Zainuddin |
![]() |
| Ammar Salahuddin bin Ahmad |
“Zara,
bangun! Ya Allah, anak dara apa ni. Izara Ahlaami Muhammad Hafiz, bangun!!” Pekik
Humaira, sahabat sekentut setaik Zara. “Allah, Allah. Astaghfirullah..” Ucap
Zara setelah jatuh tergolek dari katilnya.
“Huhh.. Ya
Allah, good job Maira. Thank you again.” Ya, heroin kita ni susah nak bangun
tidur. Dan bersusah hatilah Humaira Hannani Osman, yang bertanggungjawab
mengejutkan sahabatnya setiap pagi.” Dahh, pergi mandi. Semua orang dah balik.
Tandas clean and clear sekarang.”
“Kau dah
packing ke?” Soal Zara. “Sedang.” Jawab Maira pendek. Ohh, lupa nak bagitau.
Diorang ada Kem Kepimpinan anjuran Alumni Maahad Muhammadi.
‘Rindu
rumah. Nak balik. Malasnya nak pergi kem. Ma, Zara rinduu.’ Monolog Zara sambil
ke tandas. Tanpa disedari, ada air jernih mengalir di pipinya. ‘No way Zara.
Ingat, ini semua kerana Allah. Kau pejuang, bukan pengecut.’ Omelnya seorang
diri.
“Zara! Apa yang kau membebel tuh? Cepat laa.
Bas pukul 11.30 tau. Aku tak nak pergi tanpa kau.” Pesan Maira kepada Zara.
Sweet kan diorang? Diorang memang dah macam belangkas. Mana Zara pergi, mesti
Maira ada. Sebab tu la gelaran Sahabat Sekentut Setaik jatuh kat diorang.
“Yelahh, yelahh. Thanks mengingatkan. Sayang kau.” Jawab
Zara. Maira membalas dengan senyuman manis, menyerlahkan lesung pipit di pipi
kanannya.
Di dalam bas, selepas membaca Ma’tsurat Sughra bersama, mereka mula berborak-borak. “Wehh, aku rasa kem ni mesti dasyat. Syadid.” Zara membuka perbualan.“ Think positive Zara, at least kita dapat bawa apa kita belajar ke universiti. Aku bukan apa. Takut nanti kita masuk universiti terkena kejutan budaya je.“ Jawab Maira optimis selaku salah seorang ahli Pembimbing Rakan Sebaya. “Hmm. Yang penting niat kita pergi ni untuk menuntut ilmu, kerana Allah. Kan?” Tambah Zara menyedari. Maira mengangguk sambil tersenyum.
Tibalah ke
destinasi yang dituju. “Okayy, muslimat boleh masuk asrama depan sini. Muslimin
belum sampai, jadi antunna boleh siap-siap barang dulu. Tepat jam 1.30, antunna
harus berada dalam masjid untuk solat Zuhur berjemaah. Fahimtunna?” Ucap salah
seorang koordinator kem. “Fahimna.” Mereka menjawab sebagai tanda memahami.
Tetapi... Salah seorang peserta mengangkat
tangan. “Err, akak. Muslimin?” “Ya, muslimin. Kenapa? Kamu belum tahu ke kem ni
hasil kerjasama Alumni Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Muhammadi Lelaki?
Jawab KD tersebut. “Hahh?! Seriously kak?” Okayy, diorang rasa macam, Wakenabeb
ke apa ni?? Apatah lagi hidup mereka seharian tak pernah bergaul dengan lelaki.
Duk hadap muka ustaz je hari-hari. “Dah, dah, semua diam. Ingat, jaga aurat,
jaga suara, jaga tingkah laku. Ingat batas-batas pergaulan.“
Setengah jam
kemudian, tibalah sebuah lagi bas membawa peserta muslimin. Dari sekolah mana
lagi, sekolah tuuu la. Maahad Muhammadi Lelaki. Sejak peserta-peserta muslimin
menjejak kaki ke kem tersebut, bermulalah lima hari yang penuh cabaran.
“We’re
doomed. Diorang dah sampai.” Kata Maira.
“Eh, overlaa kau. Rileks, istighfar.” Kata Zara sambil menenangkan hatinya yang
tak keruan. Maklumlah, buat pertama kali dia akan beraktiviti bersama lelaki.
“Peserta muslimin sekalian, kalian boleh menginap di dalam masjid depan ni. Ana
beri peluang kepada peserta muslimat untuk menginap dalam asrama. Ana harap
antum dapat menerimanya.” Kata seorang KD lelaki kepada para peserta. “Takpe,
kitorang redho jelah.” Jawab para peserta.Peserta muslimat yang turut terdengar
ucapan KD tersebut mula berasa kuarang senang. “Weh, takpe ke macam ni?” Tanya
Zara. “Tu laa pasal. Tak sedap duduk aku macam ni.” Jawab Maira.
“Masjid kat mana eh?”
Sambung Zara. “Hmmm masjid, masjid. Eh jap, seriously masjid? Diorang duduk kat
masjid?!” Tanya Maira. “Ha’ah. Apsal kau terkejut semacam je ni?” Tanya Zara.
“Masjid kat sana.” Jawab Maira sambil menuding ke arah sebuah tingkap. Haaa,
betul. Asrama muslimat terletak bersebelahan dengan masjid. Hanya dipisahkan
oleh dinding dan sliding door sahaja. “Alamak, korang! Mintak dengan KD kain
langsir cepat. Kita kena tutup pintu ni! Muslimin akan menginap kat sebelah!”
Dan bermula lah kekalutan para peserta di kem tersebut.
Sesi taaruf,
perasmian berjalan dengan lancar walaupun muslimat agak malu-malu. Ohh,
muslimin? Diorang buat-buat cool. Padahal dalam hati, Allah je tahu. Izara dilantik sebagai
timbalan mas'ulah. Mas'ulnya siapa? Well, namanya agak kacak. Begitu juga
parasnya. Muhammad Ammar Salahuddin. Ya, hero kita dalam cerita ni. Malamnya ada
hirosah iaitu berjaga malam di mana Zara dan Maira bersepakat untuk berjaga
pada sejam pertama.
Dan yang agak annoying nya, peserta muslimin still buat
bising sampai pukul 1 pagi. Maira yang sudah hilang sabar cuba berdehem.
Serta-merta peserta muslimin senyap. Maira sudah mula menyesal atas
tindakannya. “Over ke?” Bisik Maira kepada Zara. Zara menjawab, “Taklahh,
memang sepatutnya diorang diam. Kita kan nak tido.” Tiba-tiba salah seorang
peserta muslimin bersuara, “Maaf.” Zara dan Maira tersentak lalu terkekek ketawa.
“Dah, dah, korang tido.” Arah suara tadi kepada anak buahnya. Zara cam suara
tersebut. Ya, suara Ammar.
Tibalah
aktiviti yang dinantikan peserta muslimin, tetapi bukan peserta muslimat.
Jungle Trekking. Peserta muslimat terasa azab yang amat apabila terpaksa masuk ke dalam lumpur yang
sedalam sejengkal dalam hutan tersebut. Lain pula muslimin, mereka kelihatan
teruja dan gembira.
Tiba giliran Zara masuk ke dalam lumpur
tersebut, “Mairaaa, Mairaaa. Aku takleh gerak!” Maira yang mula berasa bimbang
bertanya, “Apsal? Kau okey tak ni?” “Takkk. Aku rasa ada benda kat kaki aku.”
Jawab Zara tergetar-getar, air matanya semakin bertakung. Maira yang semakin
cemas pantas memanggil KD-KD yang ada. Namun tiada yang menjawab. Hanya Ammar
bersuara, “ KD tiada, dia suruh saya handle. Kenapa?” “Zara ni, dia tak boleh
gerak.” Jawab Maira cemas.
Ammar segera
berundur ke belakang, lalu menyuruh Maira dan peserta muslimat lain menarik
Zara keluar dari lumpur. “Kau kenapa?” Tanya Ammar kepada Zara. “Kaki, kaki
aku..” Jawab Zara, bercucuran air matanya. “Kaki? Dah, selak seluar kau!” Arah
Ammar. “Hah? Taknak..” Jawab Zara sambil menggeleng. Dan menangis. “Selak!”
“Taknak!” “Ya Allah kau ni, takde masa laa! Selak la!” “Taknak.. Please Ammar..
Tak payah la.” “Tak payah palehotak kau, kau tanggungjawab aku!” Jerit Ammar
lalu beristighfar tiga kali sebelum menyelak seluar Zara hingga ke lutut. Zara
yang tergamam dengan ayat Ammar, sudah
tidak membantah.
“Huishh, kan. Kalau kau ikut cakap aku takde
la menatang ni jadi sebesar ni!” Kata Ammar. Yang lain hanya terkejut
menyaksikan bapak lintah yang sedang kekenyangan menghisap darah Zara. “Hari ni
hari kau, mana tahu esok-esok hari aku pulak.” Kata Ammar.
“Bismillah..” Ucap Ammar sebelum menarik
lintah tersebut dengan perlahan. Ammar
segera membuka peti first aid lalu merawat luka tersebut. Zara masih bingung
memikirkan kata-kata Ammar. ‘Aku tanggungjawab dia?’ Zara melihat ke arah
lukanya. Dia amat terkejut melihat darah yang bercucuran laju dari betisnya.
Tiba-tiba Zara berasa pandangannya
berbalam, sebelum dia rebah disambut seseorang. Siapa? Ammar.
“Zara, kau
okey?” Tanya Maira lembut. “Kat mana ni?” Tanya Zara. “Asrama. Sorryla weh, aku
lupa kau takut darah.” Jawab Maira. “Hmm..” Zara memegang kepalanya, pening.
“Mana semua
orang? Tanya Zara. “Ohh, semua dah naik dewan. KD suruh aku temankan kau.”
Balas Maira. “Jom naik dewan.” Kata Zara bersahaja. “Eh, kau okey ke ni?”
Concern gila kan. Mestilah, Sahabat sekentut setaik dia pengsan, mana tak
risau. “Aku okey.” Jawab Zara pendek.
Setibanya
mereka di dewan, mereka datang tepat ketika slot disiplin. Mereka disambut
dengan tepukan sindiran daripada seorang KD disiplin. “Timbalan mas'ulah kita
dah sampai. Dah puas menyusahkan orang?” Sindir KD tersebut. Zara hanya
tertunduk. “Humaira, masuk ke tempat anti. Zara, mari ke depan.” Zara hanya
menurut. “Kerana awak, habis aktiviti tadi tergendala. Zara, duduk separuh.”
Arah KD tersebut. Zara yang masih tunduk hanya menurut. Weh, lenguh gila okay
duduk separuh. Tak percaya? Try buat lama-lama. Rasa macam nak pengsan. Err,
sekali lagi? Tak kot.
Rasa
bersalah para peserta semakin menebal apabila Zara menutup mata, dan air jernih
bercucuran di pipi Zara. Salah seorang peserta muslimin mengangkat tangan,
Ammar. “Tuan. Saya mohon, tolong kurangkan denda timbalan masu’lah. Saya juga
yang bersalah. Saya gagal menjalankan tanggungjawab saya sebagai ketua.”
Katanya tenang. “Ohh, jadi anta nak backup dia lah ni? Berlagak hero? Okey,
anta bangun. Datang depan.” Ammar menurut dengan tenang, sambil beristighfar. “Gagal
menjalankan tanggungjawab eh? Ana nak anta pumping diamond 15 kali dan
berguling dari hujung sana ke sini.” Arah KD tersebut.
“Tuan!
Hukumannya tidak relevan dengan kesalahan yang dia lakukan. Dia dah menjalankan
tanggungjawabnya dengan merawat saya.. Jadi tolong ringankan hukumannya.” Jawab
Zara tergetar menahan sakit akibat beban yang dikenakan kepada lututnya. “Ohh,
korang nak start loveline ke kat sini? Maaf, aku tak layan. Mas'ul, boleh
mula.” Ketika Ammar sedang pumping buat kali ketujuh, dia sudah tidak mampu
lalu terjatuh. Agak-agak ahh. Pumping diamond tu weh.
“Okay, mas’ul, timbalan masu’lah boleh
berdiri.” Kata KD tersebut. “Ya, ana tahu, hukuman tersebut tidak relevan.
Tetapi adakah para peserta bersuara, membela ketua antum? Di mana ketaatan
antum kepada pemimpin? Sekiranya begini, ummah kita boleh jatuh kerana ditindas
oleh orang lain tanpa sebarang pembelaan.” Begitulah pengajaran yang mereka dapat
daripada slot disiplin tadi.
“Zara,
kitorang minta maaf. Kitorang memang blurr, tak tahu nak buat apa. Sorry eh?”
kata seorang rakannya. “Takpe, kalau aku jadi korang aku pun tak tahu nak buat
apa.” Balas Zara dengan senyuman. “Korang boleh siap-siap untuk solat maghrib,
saya pergi ambil talam untuk makan malam.” Kata Zara kepada peserta muslimat. Siapa kata Zara tak
bertanggungjawab. Zara awesome okey. Zara segera ke kantin, mengambil dinner
mereka malam itu.
Dan biasalah, love story kan, Zara terserempak
dengan hero kita, Ammar. ’Allah, kenapalah aku asyik jumpa dia, jodoh ke apa?’
Kata hati Zara lalu terkekek sendiri. Gatal. “Nak ambil makanan ke? Kejap eh. 10
minit lagi. Korang duduk kat sini dulu.” Kata seorang KD persegaran. Dan keadaanya kekok. Zara hanya
tertunduk, manakala Ammar berpura-pura memandang ke arah lain. Menyorokkan
debaran dalam hati masing-masing.
“Err, kaki
kau okey?” Tanya Ammar memecah kesunyian. “Oh, okey. By the way, thanks.” Jawab
Zara kekok.”Hah? Oh. Sama-sama. Err, yang pasal tadi, maaflah aku paksa kau
selak.....” Belum habis Ammar menghabiskan kata-katanya, KD persegaran tadi
menghulurkan talam kepada mereka berdua. Mereka mengambil talam tersebut. Zara
berbisik kepada Ammar sambil tersenyum, “Takpe, aku faham.” Dan berlalu pergi.
Ammar
tergamam melihat senyuman Zara. Ammar memegang dadanya dan menarik nafas
sedalam mungkin. ‘Ya Allah, kuatkanlah imanku.’ Bisik hatinya.
Dalam dewan,
para peserta sedang menyusun meja untuk sesi kuliah subuh. Ammar ditugaskan
mencari meja bersama Zara. Lagi. Memang diorang ada jodoh. “Dah jumpa, ni hah meja
.”kata Ammarlalu mengambil meja tersebut.” Arghh!” Jerit Ammar. “Apsal? Sembilu
ke? Meh nak tengok.” Kata Zara. “Tak payah, aku lelaki.” Jawab Ammar, ego. “Dah,
tolong aku angkat meja ni.” Arah Ammar. “ Arghh!” Jerit Ammar, pedih sembilu
tersebut mencucuk-cucuk. “Mari sini, hari tu hari aku, hari ni hari kau. Kau
jugak yang cakap kan.” Zara memasukkan tangannya ke dalam tudung labuhnya lalu
memegang tangan Ammar. ‘Banyak kegunaan tudung labuh aku ni. Hehe.’ Ammar membiarkan.
Dah sakit, dia dah lapik tuh, biarlah. “Tahan eh.” Kata Zara lalu memicit
sembilu tersebut keluar. Zara memang expert bab-bab ni. Abah yang ajar.
Kalau tengok
dari jauh diorang memang nampak macam pasangan newly weds yang sedang
berbahagia. “Siap!”Kata Zara. “Err, thanks.” Jawab Ammar. Zara menghulurkan sapu tangan kepada Ammar,
“Nah, buat lapik, takut nanti kena lagi.”Kata Zara. “Kau?” Tanya Ammar. “Aku
ada tudung. Hehe.” Jawab Zara, tersenyum. Ammar turut tersenyum. Comel. Zara
tergamam. “Eh, aku nak pergi toilet
jap.” Kata Zara.” Okey, cepat sikit. Nanti KD marah.” Balas Ammar.
Dalam
tandas, Zara pergi mengambil wudu’. ‘Ya Allah, kenapa dengan aku ni?
Tenangkanlah hati ini Ya Allah.’ Doa Zara perlahan. ‘Tajdid niat, Zara. Aku
datang sini untuk menuntut ilmu, kerana Allah.’ Sambungnya lagi.
Dan
berakhirlah lima hari mereka di kem tersebut. “Antum akan balik dengan bas yang
sama eh. Lagipun bilangan korang 42 orang je. Kejap, oleh sebab bas hanya muat
40 orang sahaja, first come first serve, okey? Fahimtum?” Kata seorang KD. “Fahimna.”
Mereka menjawab. Selesai doa e’dah yang penuh semangat diketuai oleh Muhammad
Ammar Salahuddin, mereka naik ke dalam bas.
Zara yang sibuk menyusun beg pakaian para peserta
dan seorang peserta muslimin yang tertinggal barang terpaksa berdiri di hadapan
bas. Peserta muslimin tersebut merupakan sepupu Zara, Fateh. Oleh sebab hubungan
mereka agak akrab, mereka berbual tanpa segan silu dan penuh mesra.
Ammar mula rasa tidak selesa melihat Zara
terlalu mesra bersama rakannya lalu bersuara, “Perlahan sikit, aku nak tidur.”
Ada nada cemburu di hujung suaranya. Fateh yang dapat mengesan nada cemburu
dalam suara Ammar terus berbisik kepada Zara, “Aku rasa mas'ul kita ada hati
dengan kau. Well, untunglaa.” Kata Fateh. “Ishh kau ni. Apa yang untungnya?”
Soal Zara. “Kau tak tahu ke, Ammar ni tengah dalam proses menghabiskan Hafazan
Quran? Tinggal satu dua juzuk je lagi untuk dia menjadi Hafiz.” Terang Fateh.
Terbeliak mata Zara. “Seriously?!” Zara menjerit terkejut sebelum tersenyum memandang
ke arah Ammar yang sedang tidur dengan menutup mukanya dengan kopiah dan
berselimut dengan sweater.
“Haven’t I
told you that I wanna....” Kata-kata Ammar terputus melihat Zara tersenyum
kepadanya. Ammar terus menutup mukanya semula dengan sweaternya. Kali ni bukan
untuk tidur, tetapi menutup merah padam mukanya. ‘Janganla senyum macam tu. Kan hilang
macho aku.’ Bisik hati Ammar yang semakin tidak keruan.
“Aku dah
cakap...” Bisik Fateh kepada Zara. Zara hanya tersenyum dan meletakkan jarinya
pada bibir sebagai simbol senyap. ‘Bahagianya.’ Kata hati kecil Zara.
“Zara,
Zara.. Bangunlah. Kita dah sampai. Zaraaaa. Ohh Zara. Bangunn.” Kata Maira
lembut. “Oh, dah sampai. Thanks Maira. Ehh, mana semua peserta muslimin? “
Tanya Zara sambil menggosok matanya. “ Ohhh, pak cik bas hantar diorang dulu baru
hantar kita.” Dah jom turun!” Kata Maira.
‘Eh, macam
mana aku boleh duduk atas kerusi ni? Jap, ni sweater sape?’ Zara mengangkat
sweater yang menyelimuti badannya. Zara cuba flashback macam yang selalu Jimmy
Neutron buat. ‘ Ohh, sweater ni.’ Zara teringat, sweater inilah yang Ammar guna
untuk tutup muka dia tadi. ‘Sweater Ammar?’
Zara
menuruni bas dan membawa sweater tu sekali. Setelah selamat tiba di rumahnya, nak
buat apa lagi, basuh baju yang berlambak tu laa. Zara memeriksa semua baju
untuk memastikan tiada duit or benda-benda berharga. Semasa memeriksa sweater Ammar,
Zara terjumpa nota yang berbunyi,
Kalau
ada jodoh kita bolehlah awak pulangkan sweater ni.
-Ammar-
THE END.
Pesanan:
Cerita ini tiada kaitan dengan Alumni Maahad Muhammadi, peserta Maahad Lelaki
atau Perempuan. Cerita ini hanyalah imaginasi saya sendiri. Enjoy.

