Wednesday, 31 October 2012

Pesanan Puteri buat Putera :)

Okaaay. Apa yang mencetuskan idea ini? Haaaa, ni lah. Sebab ade video tu, tajuk apa entah. Pesanan Putera buat Puteri? Entah, lantak lah. Yang penting aku maaaaaalu sangat ngan video tu. Err, dalam kata lain it making me realised all my mistakes before.  Silap macam mana tu? Macam...
  • Pakai tudung lipat ke sebelah luar.
 Memang laaa tak mendedahkan aurat, tapi tak manis  kot. Saya lipat macam tu sebab seriously, saya tak pandai lipat tudung. Erkk --' Okayy, saya akan cuba lipat baik-baik. Satisfied, Putera?
  • Duduk terkangkang.
    Bunyi dasyat je. Tak pun. Saya ni sebab tabiat kot. Haihh, sekiranya tercalon dalam  GADIS MELAYU TERAKHIR, mungkin belum isi borang pendaftaran dah kena halau. However, I'll try :)
  • Aurat lengan tak jaga.
Saya takdelahh dedah terus. Mungkin ada masa-masa yang saya lupa or cuai ke, lengan saya TERselak. Susah tahu, kecuali mereka-mereka yang pakai SOCKHAND. Khulasahnya, kena lebih hati-hati, atau kalau boleh saya try pakai sockhand. Err, mampu ke saya? InsyaAllah :)
  • Suara tak jaga.(Ketawa terbahak-bahak and else)
Uishh, yang ni memang yang paling utama, paling betul, dan MAJORITI kitorang buat. Maafkan Puteri, Putera. Bukan sengaja. Terkeluar. Apatah lagi suara saya ni dah layak jadi sarjan kawad kaki. Susah laaa yang ni. Sebab saya ni memang terlalu girang, seperti nama saya. FARAH. Haiiih, kadang-kadang, aku rasa nak nama SAKINAH je. Jadi takdelah orang lain mendoakan aku semakin girang tiap hari. Takpe, saya bangga dengan nama saya. Plus, puteri-puteri yang dekat stesen bas. Ohh, parah, parah. Okayy, puteri yang ni  balik ngan kereta. Hehe :)

Okay. Okay. Asyik menyebut kelemahan puteri. Yang putera tu macam mana pulak?

Wahai putera-putera yang gentle-gentle sekalian. First of all, puteri-puteri kat sini nak berterima kasih kepada putera kerana menegur perbuatan kami. Tapi, putera pun menyumbang jugak sedikit sebanyak dalam keruntuhan akhlak pelajar-pelajar maahad ni. Kenapa?

  • Sebab korang yang gatal.

Haha, kejamkan? Tapi betul. Siapa yang biasanya ajak kapel dulu? Siapa yang selalu bagi kat gadis-gadis  kata-kata yang manis dan pujian? Satu perkara putera kena ingat. Even korang tengok puteri-puteri maahad yang nampak sombong, menundukkan pandangan ketika berselisih dengan lelaki, yang tak melayan    ajakan-ajakan dan kata-kata lelaki yang cuba menggodanya (alamak, hiperbola la pulak), tapi dalam hati diorang rasa macam, "Ya Allah, hensemnya dia." Hehe. Tak percaya? Ni pengalaman saya sendiri okayy. Jadi, tolonglah. Jangan usik hati kitorang. Hati kitorang terlalu lembut dan mudah tergoda. Haha, overlahh! Okay. That's all.

Weii, mana aci. Puteri banyak, putera sikit.
 Aci tak aci, saya dah tak jumpa salah putera. Lenguh jari menaip pun suku. 

Okayy, konklusinya. Putera dan puteri haruslah saling membimbing, bagai aur dengan tebing, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing, bukan macam anjing dan kucing (Ambik ayat matluthfi). InsyaAllah, masalah-masalah budak-budak maahad takkan wujud lagi :)
Pesanan: Saling membimbing pun jangan melampaui batasan. 


Tuesday, 30 October 2012

AKHLAK RASULULLAH SAW :)

Hari ni nak share pasal cerita Rasulullah dengan buah Limau. Cerita ni sebenarnya my dearest friend, Aina Dzulkiflee yang share dalam FB. Huhu. Sebut pasal share2 ni, teringat pulak.

 "Sharing is Caring, Caring is Loving. Loving is UKHUWWAH."

This phrase kitorang biasa sebut masa dalam usrah petang2. Rindu usrah :'( 
 Ni laaa rupa usrah sekolah saya.What usually called, Bulatan Gembira.

Okayyy. Nampaknya kita accidentally terlanggar bahu jalan dan terbabas jauh ke MMP. Back to akhlak Rasulullah. Enjoy :)

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. MasyaAllah :')
 Gambar yang comel ni bertujuan menyemarakkan semangat cinta kita terhadap Rasulullah :')

 Ya Rasulullah, kami amat merinduimu :')

Monday, 29 October 2012

Assalamualaikum~

"Mereka yang pertama memberi salam bebas dari perasaan bangga diri dan riak."

Okay, okay. Assalamualaikum. Dah bagi tadi kan? Takpe, marratan ukhra. Sekali tengok ayat atas rasa macam, "Hek eleh minah ni, bajet alim ke apa? Apa aku kesah? Asalkan ada unsur2 keinsafan tersisip di situ. Oleh sebab tahap kesombongan dan ke'riak'an saya yang agak mencakar langit (hiperbola untuk tinggi), saya nak bagi salam banyak2. Assalamualaikum. Assalamualaikum. Assalamualaikum.
Pesanan: Yang atas tu hadis riwayat al-Baihaqi :)

TAARUF.

    Nama diberi Farah Syazwani binti Ahmad Saberi. Nama saya mungkin simple, tapi my dearest ma kata ma korek lubang cacing cari nama ni.
                     Menuntut di Maktab Muhammadi Perempuan atau nama femesnya  :                   Maahad Muhammadi Perempuan.
Alaa, Sekolah kak Madihah dan kak Fatimah  tu laaa<3 

Sudah cukup cukup sudah, jangan nak lebih lebih pulak. 

Sekian, Assalamualaikum. Again :)