Tuesday, 30 October 2012

AKHLAK RASULULLAH SAW :)

Hari ni nak share pasal cerita Rasulullah dengan buah Limau. Cerita ni sebenarnya my dearest friend, Aina Dzulkiflee yang share dalam FB. Huhu. Sebut pasal share2 ni, teringat pulak.

 "Sharing is Caring, Caring is Loving. Loving is UKHUWWAH."

This phrase kitorang biasa sebut masa dalam usrah petang2. Rindu usrah :'( 
 Ni laaa rupa usrah sekolah saya.What usually called, Bulatan Gembira.

Okayyy. Nampaknya kita accidentally terlanggar bahu jalan dan terbabas jauh ke MMP. Back to akhlak Rasulullah. Enjoy :)

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. MasyaAllah :')
 Gambar yang comel ni bertujuan menyemarakkan semangat cinta kita terhadap Rasulullah :')

 Ya Rasulullah, kami amat merinduimu :')

No comments:

Post a Comment