Saturday, 3 November 2012

Kalau Ada Jodoh Kita

Izara Ahlaami binti Zainuddin

Ammar Salahuddin bin Ahmad


Zara, bangun! Ya Allah, anak dara apa ni. Izara Ahlaami Muhammad Hafiz, bangun!!” Pekik Humaira, sahabat sekentut setaik Zara. “Allah, Allah. Astaghfirullah..” Ucap Zara setelah jatuh tergolek dari katilnya.
“Huhh.. Ya Allah, good job Maira. Thank you again.” Ya, heroin kita ni susah nak bangun tidur. Dan bersusah hatilah Humaira Hannani Osman, yang bertanggungjawab mengejutkan sahabatnya setiap pagi.” Dahh, pergi mandi. Semua orang dah balik. Tandas clean and clear sekarang.”

“Kau dah packing ke?” Soal Zara. “Sedang.” Jawab Maira pendek. Ohh, lupa nak bagitau. Diorang ada Kem Kepimpinan anjuran Alumni Maahad Muhammadi. 

‘Rindu rumah. Nak balik. Malasnya nak pergi kem. Ma, Zara rinduu.’ Monolog Zara sambil ke tandas. Tanpa disedari, ada air jernih mengalir di pipinya. ‘No way Zara. Ingat, ini semua kerana Allah. Kau pejuang, bukan pengecut.’ Omelnya seorang diri.

 “Zara! Apa yang kau membebel tuh? Cepat laa. Bas pukul 11.30 tau. Aku tak nak pergi tanpa kau.” Pesan Maira kepada Zara. Sweet kan diorang? Diorang memang dah macam belangkas. Mana Zara pergi, mesti Maira ada. Sebab tu la gelaran Sahabat Sekentut Setaik jatuh kat diorang.
“Yelahh, yelahh. Thanks mengingatkan. Sayang kau.” Jawab Zara. Maira membalas dengan senyuman manis, menyerlahkan lesung pipit di pipi kanannya.


Di dalam bas, selepas membaca Ma’tsurat Sughra bersama, mereka mula berborak-borak. “Wehh, aku rasa kem ni mesti dasyat. Syadid.” Zara membuka perbualan.“ Think positive Zara, at least kita dapat bawa apa kita belajar ke universiti. Aku bukan apa. Takut nanti kita masuk universiti terkena kejutan budaya je.“ Jawab Maira optimis selaku salah seorang ahli Pembimbing Rakan Sebaya. “Hmm. Yang penting niat kita pergi ni untuk menuntut ilmu, kerana Allah. Kan?” Tambah Zara menyedari. Maira mengangguk sambil tersenyum.

Tibalah ke destinasi yang dituju. “Okayy, muslimat boleh masuk asrama depan sini. Muslimin belum sampai, jadi antunna boleh siap-siap barang dulu. Tepat jam 1.30, antunna harus berada dalam masjid untuk solat Zuhur berjemaah. Fahimtunna?” Ucap salah seorang koordinator kem. “Fahimna.” Mereka menjawab sebagai tanda memahami.

 Tetapi... Salah seorang peserta mengangkat tangan. “Err, akak. Muslimin?” “Ya, muslimin. Kenapa? Kamu belum tahu ke kem ni hasil kerjasama Alumni Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Muhammadi Lelaki? Jawab KD tersebut. “Hahh?! Seriously kak?” Okayy, diorang rasa macam, Wakenabeb ke apa ni?? Apatah lagi hidup mereka seharian tak pernah bergaul dengan lelaki. Duk hadap muka ustaz je hari-hari. “Dah, dah, semua diam. Ingat, jaga aurat, jaga suara, jaga tingkah laku. Ingat batas-batas pergaulan.“

Setengah jam kemudian, tibalah sebuah lagi bas membawa peserta muslimin. Dari sekolah mana lagi, sekolah tuuu la. Maahad Muhammadi Lelaki. Sejak peserta-peserta muslimin menjejak kaki ke kem tersebut, bermulalah lima hari yang penuh cabaran.

“We’re doomed. Diorang dah sampai.”  Kata Maira. “Eh, overlaa kau. Rileks, istighfar.” Kata Zara sambil menenangkan hatinya yang tak keruan. Maklumlah, buat pertama kali dia akan beraktiviti bersama lelaki. “Peserta muslimin sekalian, kalian boleh menginap di dalam masjid depan ni. Ana beri peluang kepada peserta muslimat untuk menginap dalam asrama. Ana harap antum dapat menerimanya.” Kata seorang KD lelaki kepada para peserta. “Takpe, kitorang redho jelah.” Jawab para peserta.Peserta muslimat yang turut terdengar ucapan KD tersebut mula berasa kuarang senang. “Weh, takpe ke macam ni?” Tanya Zara. “Tu laa pasal. Tak sedap duduk aku macam ni.” Jawab Maira.

 “Masjid kat mana eh?” Sambung Zara. “Hmmm masjid, masjid. Eh jap, seriously masjid? Diorang duduk kat masjid?!” Tanya Maira. “Ha’ah. Apsal kau terkejut semacam je ni?” Tanya Zara. “Masjid kat sana.” Jawab Maira sambil menuding ke arah sebuah tingkap. Haaa, betul. Asrama muslimat terletak bersebelahan dengan masjid. Hanya dipisahkan oleh dinding dan sliding door sahaja. “Alamak, korang! Mintak dengan KD kain langsir cepat. Kita kena tutup pintu ni! Muslimin akan menginap kat sebelah!” Dan bermula lah kekalutan para peserta di kem tersebut.


Sesi taaruf, perasmian berjalan dengan lancar walaupun muslimat agak malu-malu. Ohh, muslimin? Diorang buat-buat cool. Padahal dalam hati,  Allah je tahu. Izara dilantik sebagai timbalan mas'ulah. Mas'ulnya siapa? Well, namanya agak kacak. Begitu juga parasnya. Muhammad Ammar Salahuddin. Ya, hero kita dalam cerita ni. Malamnya ada hirosah iaitu berjaga malam di mana Zara dan Maira bersepakat untuk berjaga pada sejam pertama. 

Dan yang agak annoying nya, peserta muslimin still buat bising sampai pukul 1 pagi. Maira yang sudah hilang sabar cuba berdehem. Serta-merta peserta muslimin senyap. Maira sudah mula menyesal atas tindakannya. “Over ke?” Bisik Maira kepada Zara. Zara menjawab, “Taklahh, memang sepatutnya diorang diam. Kita kan nak tido.” Tiba-tiba salah seorang peserta muslimin bersuara, “Maaf.” Zara dan Maira tersentak lalu terkekek ketawa. “Dah, dah, korang tido.” Arah suara tadi kepada anak buahnya. Zara cam suara tersebut. Ya, suara Ammar.
                                                                                                                                      

Tibalah aktiviti yang dinantikan peserta muslimin, tetapi bukan peserta muslimat. Jungle Trekking. Peserta muslimat terasa azab yang amat  apabila terpaksa masuk ke dalam lumpur yang sedalam sejengkal dalam hutan tersebut. Lain pula muslimin, mereka kelihatan teruja dan gembira.

 Tiba giliran Zara masuk ke dalam lumpur tersebut, “Mairaaa, Mairaaa. Aku takleh gerak!” Maira yang mula berasa bimbang bertanya, “Apsal? Kau okey tak ni?” “Takkk. Aku rasa ada benda kat kaki aku.” Jawab Zara tergetar-getar, air matanya semakin bertakung. Maira yang semakin cemas pantas memanggil KD-KD yang ada. Namun tiada yang menjawab. Hanya Ammar bersuara, “ KD tiada, dia suruh saya handle. Kenapa?” “Zara ni, dia tak boleh gerak.” Jawab Maira cemas.

Ammar segera berundur ke belakang, lalu menyuruh Maira dan peserta muslimat lain menarik Zara keluar dari lumpur. “Kau kenapa?” Tanya Ammar kepada Zara. “Kaki, kaki aku..” Jawab Zara, bercucuran air matanya. “Kaki? Dah, selak seluar kau!” Arah Ammar. “Hah? Taknak..” Jawab Zara sambil menggeleng. Dan menangis. “Selak!” “Taknak!” “Ya Allah kau ni, takde masa laa! Selak la!” “Taknak.. Please Ammar.. Tak payah la.” “Tak payah palehotak kau, kau tanggungjawab aku!” Jerit Ammar lalu beristighfar tiga kali sebelum menyelak seluar Zara hingga ke lutut. Zara yang tergamam dengan ayat Ammar,  sudah tidak membantah.

 “Huishh, kan. Kalau kau ikut cakap aku takde la menatang ni jadi sebesar ni!” Kata Ammar. Yang lain hanya terkejut menyaksikan bapak lintah yang sedang kekenyangan menghisap darah Zara. “Hari ni hari kau, mana tahu esok-esok hari aku pulak.” Kata Ammar.

 “Bismillah..” Ucap Ammar sebelum menarik lintah tersebut dengan perlahan.  Ammar segera membuka peti first aid lalu merawat luka tersebut. Zara masih bingung memikirkan kata-kata Ammar. ‘Aku tanggungjawab dia?’ Zara melihat ke arah lukanya. Dia amat terkejut melihat darah yang bercucuran laju dari betisnya. Tiba-tiba Zara  berasa pandangannya berbalam, sebelum dia rebah disambut seseorang. Siapa? Ammar.


“Zara, kau okey?” Tanya Maira lembut. “Kat mana ni?” Tanya Zara. “Asrama. Sorryla weh, aku lupa kau takut darah.” Jawab Maira. “Hmm..” Zara memegang kepalanya, pening. 

“Mana semua orang? Tanya Zara. “Ohh, semua dah naik dewan. KD suruh aku temankan kau.” Balas Maira. “Jom naik dewan.” Kata Zara bersahaja. “Eh, kau okey ke ni?” Concern gila kan. Mestilah, Sahabat sekentut setaik dia pengsan, mana tak risau. “Aku okey.” Jawab Zara pendek.

Setibanya mereka di dewan, mereka datang tepat ketika slot disiplin. Mereka disambut dengan tepukan sindiran daripada seorang KD disiplin. “Timbalan mas'ulah kita dah sampai. Dah puas menyusahkan orang?” Sindir KD tersebut. Zara hanya tertunduk. “Humaira, masuk ke tempat anti. Zara, mari ke depan.” Zara hanya menurut. “Kerana awak, habis aktiviti tadi tergendala. Zara, duduk separuh.” Arah KD tersebut. Zara yang masih tunduk hanya menurut. Weh, lenguh gila okay duduk separuh. Tak percaya? Try buat lama-lama. Rasa macam nak pengsan. Err, sekali lagi? Tak kot.

Rasa bersalah para peserta semakin menebal apabila Zara menutup mata, dan air jernih bercucuran di pipi Zara. Salah seorang peserta muslimin mengangkat tangan, Ammar. “Tuan. Saya mohon, tolong kurangkan denda timbalan masu’lah. Saya juga yang bersalah. Saya gagal menjalankan tanggungjawab saya sebagai ketua.” Katanya tenang. “Ohh, jadi anta nak backup dia lah ni? Berlagak hero? Okey, anta bangun. Datang depan.” Ammar menurut dengan tenang, sambil beristighfar. “Gagal menjalankan tanggungjawab eh? Ana nak anta pumping diamond 15 kali dan berguling dari hujung sana ke sini.” Arah KD tersebut. 

“Tuan! Hukumannya tidak relevan dengan kesalahan yang dia lakukan. Dia dah menjalankan tanggungjawabnya dengan merawat saya.. Jadi tolong ringankan hukumannya.” Jawab Zara tergetar menahan sakit akibat beban yang dikenakan kepada lututnya. “Ohh, korang nak start loveline ke kat sini? Maaf, aku tak layan. Mas'ul, boleh mula.” Ketika Ammar sedang pumping buat kali ketujuh, dia sudah tidak mampu lalu terjatuh. Agak-agak ahh. Pumping diamond tu weh.

 “Okay, mas’ul, timbalan masu’lah boleh berdiri.” Kata KD tersebut. “Ya, ana tahu, hukuman tersebut tidak relevan. Tetapi adakah para peserta bersuara, membela ketua antum? Di mana ketaatan antum kepada pemimpin? Sekiranya begini, ummah kita boleh jatuh kerana ditindas oleh orang lain tanpa sebarang pembelaan.” Begitulah pengajaran yang mereka dapat daripada slot disiplin tadi.


“Zara, kitorang minta maaf. Kitorang memang blurr, tak tahu nak buat apa. Sorry eh?” kata seorang rakannya. “Takpe, kalau aku jadi korang aku pun tak tahu nak buat apa.” Balas Zara dengan senyuman. “Korang boleh siap-siap untuk solat maghrib, saya pergi ambil talam untuk makan malam.” Kata Zara kepada  peserta muslimat. Siapa kata Zara tak bertanggungjawab. Zara awesome okey. Zara segera ke kantin, mengambil dinner mereka malam itu. 

 Dan biasalah, love story kan, Zara terserempak dengan hero kita, Ammar. ’Allah, kenapalah aku asyik jumpa dia, jodoh ke apa?’ Kata hati Zara lalu terkekek sendiri. Gatal. “Nak ambil makanan ke? Kejap eh. 10 minit lagi. Korang duduk kat sini dulu.” Kata seorang KD persegaran. Dan keadaanya kekok. Zara hanya tertunduk, manakala Ammar berpura-pura memandang ke arah lain. Menyorokkan debaran dalam hati masing-masing. 

“Err, kaki kau okey?” Tanya Ammar memecah kesunyian. “Oh, okey. By the way, thanks.” Jawab Zara kekok.”Hah? Oh. Sama-sama. Err, yang pasal tadi, maaflah aku paksa kau selak.....” Belum habis Ammar menghabiskan kata-katanya, KD persegaran tadi menghulurkan talam kepada mereka berdua. Mereka mengambil talam tersebut. Zara berbisik kepada Ammar sambil tersenyum, “Takpe, aku faham.” Dan berlalu pergi.

Ammar tergamam melihat senyuman Zara. Ammar memegang dadanya dan menarik nafas sedalam mungkin. ‘Ya Allah, kuatkanlah imanku.’ Bisik hatinya.


Dalam dewan, para peserta sedang menyusun meja untuk sesi kuliah subuh. Ammar ditugaskan mencari meja bersama Zara. Lagi. Memang diorang ada jodoh. “Dah jumpa, ni hah meja .”kata Ammarlalu mengambil meja tersebut.” Arghh!” Jerit Ammar. “Apsal? Sembilu ke? Meh nak tengok.” Kata Zara. “Tak payah, aku lelaki.” Jawab Ammar, ego. “Dah, tolong aku angkat meja ni.” Arah Ammar. “ Arghh!” Jerit Ammar, pedih sembilu tersebut mencucuk-cucuk. “Mari sini, hari tu hari aku, hari ni hari kau. Kau jugak yang cakap kan.” Zara memasukkan tangannya ke dalam tudung labuhnya lalu memegang tangan Ammar. ‘Banyak kegunaan tudung labuh aku ni. Hehe.’ Ammar membiarkan. Dah sakit, dia dah lapik tuh, biarlah. “Tahan eh.” Kata Zara lalu memicit sembilu tersebut keluar. Zara memang expert bab-bab ni. Abah yang ajar. 

Kalau tengok dari jauh diorang memang nampak macam pasangan newly weds yang sedang berbahagia. “Siap!”Kata Zara. “Err, thanks.” Jawab Ammar.  Zara menghulurkan sapu tangan kepada Ammar, “Nah, buat lapik, takut nanti kena lagi.”Kata Zara. “Kau?” Tanya Ammar. “Aku ada tudung. Hehe.” Jawab Zara, tersenyum. Ammar turut tersenyum. Comel. Zara tergamam.  “Eh, aku nak pergi toilet jap.” Kata Zara.” Okey, cepat sikit. Nanti KD marah.” Balas Ammar.

Dalam tandas, Zara pergi mengambil wudu’. ‘Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Tenangkanlah hati ini Ya Allah.’ Doa Zara perlahan. ‘Tajdid niat, Zara. Aku datang sini untuk menuntut ilmu, kerana Allah.’ Sambungnya lagi.


Dan berakhirlah lima hari mereka di kem tersebut. “Antum akan balik dengan bas yang sama eh. Lagipun bilangan korang 42 orang je. Kejap, oleh sebab bas hanya muat 40 orang sahaja, first come first serve, okey? Fahimtum?” Kata seorang KD. “Fahimna.” Mereka menjawab. Selesai doa e’dah yang penuh semangat diketuai oleh Muhammad Ammar Salahuddin, mereka naik ke dalam bas.

 Zara yang sibuk menyusun beg pakaian para peserta dan seorang peserta muslimin yang tertinggal barang terpaksa berdiri di hadapan bas. Peserta muslimin tersebut merupakan sepupu Zara, Fateh. Oleh sebab hubungan mereka agak akrab, mereka berbual tanpa segan silu dan penuh mesra.

 Ammar mula rasa tidak selesa melihat Zara terlalu mesra bersama rakannya lalu bersuara, “Perlahan sikit, aku nak tidur.” Ada nada cemburu di hujung suaranya. Fateh yang dapat mengesan nada cemburu dalam suara Ammar terus berbisik kepada Zara, “Aku rasa mas'ul kita ada hati dengan kau. Well, untunglaa.” Kata Fateh. “Ishh kau ni. Apa yang untungnya?” Soal Zara. “Kau tak tahu ke, Ammar ni tengah dalam proses menghabiskan Hafazan Quran? Tinggal satu dua juzuk je lagi untuk dia menjadi Hafiz.” Terang Fateh. Terbeliak mata Zara. “Seriously?!” Zara menjerit terkejut sebelum tersenyum memandang ke arah Ammar yang sedang tidur dengan menutup mukanya dengan kopiah dan berselimut dengan sweater.

“Haven’t I told you that I wanna....” Kata-kata Ammar terputus melihat Zara tersenyum kepadanya. Ammar terus menutup mukanya semula dengan sweaternya. Kali ni bukan untuk tidur, tetapi menutup merah padam  mukanya. ‘Janganla senyum macam tu. Kan hilang macho aku.’ Bisik hati Ammar yang semakin tidak keruan.
“Aku dah cakap...” Bisik Fateh kepada Zara. Zara hanya tersenyum dan meletakkan jarinya pada bibir sebagai simbol senyap. ‘Bahagianya.’ Kata hati kecil Zara.


“Zara, Zara.. Bangunlah. Kita dah sampai. Zaraaaa. Ohh Zara. Bangunn.” Kata Maira lembut. “Oh, dah sampai. Thanks Maira. Ehh, mana semua peserta muslimin? “ Tanya Zara sambil menggosok matanya. “ Ohhh, pak cik bas hantar diorang dulu baru hantar kita.” Dah jom turun!” Kata Maira. 

‘Eh, macam mana aku boleh duduk atas kerusi ni? Jap, ni sweater sape?’ Zara mengangkat sweater yang menyelimuti badannya. Zara cuba flashback macam yang selalu Jimmy Neutron buat. ‘ Ohh, sweater ni.’ Zara teringat, sweater inilah yang Ammar guna untuk tutup muka dia tadi. ‘Sweater Ammar?’

Zara menuruni bas dan membawa sweater tu sekali. Setelah selamat tiba di rumahnya, nak buat apa lagi, basuh baju yang berlambak tu laa. Zara memeriksa semua baju untuk memastikan tiada duit or benda-benda berharga. Semasa memeriksa sweater Ammar, Zara terjumpa nota yang berbunyi,

Kalau ada jodoh kita bolehlah awak pulangkan sweater ni.

-Ammar-

THE END.

Pesanan: Cerita ini tiada kaitan dengan Alumni Maahad Muhammadi, peserta Maahad Lelaki atau Perempuan. Cerita ini hanyalah imaginasi saya sendiri. Enjoy.

Wednesday, 31 October 2012

Pesanan Puteri buat Putera :)

Okaaay. Apa yang mencetuskan idea ini? Haaaa, ni lah. Sebab ade video tu, tajuk apa entah. Pesanan Putera buat Puteri? Entah, lantak lah. Yang penting aku maaaaaalu sangat ngan video tu. Err, dalam kata lain it making me realised all my mistakes before.  Silap macam mana tu? Macam...
  • Pakai tudung lipat ke sebelah luar.
 Memang laaa tak mendedahkan aurat, tapi tak manis  kot. Saya lipat macam tu sebab seriously, saya tak pandai lipat tudung. Erkk --' Okayy, saya akan cuba lipat baik-baik. Satisfied, Putera?
  • Duduk terkangkang.
    Bunyi dasyat je. Tak pun. Saya ni sebab tabiat kot. Haihh, sekiranya tercalon dalam  GADIS MELAYU TERAKHIR, mungkin belum isi borang pendaftaran dah kena halau. However, I'll try :)
  • Aurat lengan tak jaga.
Saya takdelahh dedah terus. Mungkin ada masa-masa yang saya lupa or cuai ke, lengan saya TERselak. Susah tahu, kecuali mereka-mereka yang pakai SOCKHAND. Khulasahnya, kena lebih hati-hati, atau kalau boleh saya try pakai sockhand. Err, mampu ke saya? InsyaAllah :)
  • Suara tak jaga.(Ketawa terbahak-bahak and else)
Uishh, yang ni memang yang paling utama, paling betul, dan MAJORITI kitorang buat. Maafkan Puteri, Putera. Bukan sengaja. Terkeluar. Apatah lagi suara saya ni dah layak jadi sarjan kawad kaki. Susah laaa yang ni. Sebab saya ni memang terlalu girang, seperti nama saya. FARAH. Haiiih, kadang-kadang, aku rasa nak nama SAKINAH je. Jadi takdelah orang lain mendoakan aku semakin girang tiap hari. Takpe, saya bangga dengan nama saya. Plus, puteri-puteri yang dekat stesen bas. Ohh, parah, parah. Okayy, puteri yang ni  balik ngan kereta. Hehe :)

Okay. Okay. Asyik menyebut kelemahan puteri. Yang putera tu macam mana pulak?

Wahai putera-putera yang gentle-gentle sekalian. First of all, puteri-puteri kat sini nak berterima kasih kepada putera kerana menegur perbuatan kami. Tapi, putera pun menyumbang jugak sedikit sebanyak dalam keruntuhan akhlak pelajar-pelajar maahad ni. Kenapa?

  • Sebab korang yang gatal.

Haha, kejamkan? Tapi betul. Siapa yang biasanya ajak kapel dulu? Siapa yang selalu bagi kat gadis-gadis  kata-kata yang manis dan pujian? Satu perkara putera kena ingat. Even korang tengok puteri-puteri maahad yang nampak sombong, menundukkan pandangan ketika berselisih dengan lelaki, yang tak melayan    ajakan-ajakan dan kata-kata lelaki yang cuba menggodanya (alamak, hiperbola la pulak), tapi dalam hati diorang rasa macam, "Ya Allah, hensemnya dia." Hehe. Tak percaya? Ni pengalaman saya sendiri okayy. Jadi, tolonglah. Jangan usik hati kitorang. Hati kitorang terlalu lembut dan mudah tergoda. Haha, overlahh! Okay. That's all.

Weii, mana aci. Puteri banyak, putera sikit.
 Aci tak aci, saya dah tak jumpa salah putera. Lenguh jari menaip pun suku. 

Okayy, konklusinya. Putera dan puteri haruslah saling membimbing, bagai aur dengan tebing, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing, bukan macam anjing dan kucing (Ambik ayat matluthfi). InsyaAllah, masalah-masalah budak-budak maahad takkan wujud lagi :)
Pesanan: Saling membimbing pun jangan melampaui batasan. 


Tuesday, 30 October 2012

AKHLAK RASULULLAH SAW :)

Hari ni nak share pasal cerita Rasulullah dengan buah Limau. Cerita ni sebenarnya my dearest friend, Aina Dzulkiflee yang share dalam FB. Huhu. Sebut pasal share2 ni, teringat pulak.

 "Sharing is Caring, Caring is Loving. Loving is UKHUWWAH."

This phrase kitorang biasa sebut masa dalam usrah petang2. Rindu usrah :'( 
 Ni laaa rupa usrah sekolah saya.What usually called, Bulatan Gembira.

Okayyy. Nampaknya kita accidentally terlanggar bahu jalan dan terbabas jauh ke MMP. Back to akhlak Rasulullah. Enjoy :)

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. MasyaAllah :')
 Gambar yang comel ni bertujuan menyemarakkan semangat cinta kita terhadap Rasulullah :')

 Ya Rasulullah, kami amat merinduimu :')

Monday, 29 October 2012

Assalamualaikum~

"Mereka yang pertama memberi salam bebas dari perasaan bangga diri dan riak."

Okay, okay. Assalamualaikum. Dah bagi tadi kan? Takpe, marratan ukhra. Sekali tengok ayat atas rasa macam, "Hek eleh minah ni, bajet alim ke apa? Apa aku kesah? Asalkan ada unsur2 keinsafan tersisip di situ. Oleh sebab tahap kesombongan dan ke'riak'an saya yang agak mencakar langit (hiperbola untuk tinggi), saya nak bagi salam banyak2. Assalamualaikum. Assalamualaikum. Assalamualaikum.
Pesanan: Yang atas tu hadis riwayat al-Baihaqi :)

TAARUF.

    Nama diberi Farah Syazwani binti Ahmad Saberi. Nama saya mungkin simple, tapi my dearest ma kata ma korek lubang cacing cari nama ni.
                     Menuntut di Maktab Muhammadi Perempuan atau nama femesnya  :                   Maahad Muhammadi Perempuan.
Alaa, Sekolah kak Madihah dan kak Fatimah  tu laaa<3 

Sudah cukup cukup sudah, jangan nak lebih lebih pulak. 

Sekian, Assalamualaikum. Again :)