Okaaay. Apa yang mencetuskan idea ini? Haaaa, ni lah. Sebab ade video tu, tajuk apa entah. Pesanan Putera buat Puteri? Entah, lantak lah. Yang penting aku maaaaaalu sangat ngan video tu. Err, dalam kata lain it making me realised all my mistakes before. Silap macam mana tu? Macam...
- Pakai tudung lipat ke sebelah luar.
Memang laaa tak mendedahkan aurat, tapi tak manis kot. Saya lipat macam tu sebab seriously, saya tak pandai lipat tudung. Erkk --' Okayy, saya akan cuba lipat baik-baik. Satisfied, Putera?
- Duduk terkangkang.
Bunyi dasyat je. Tak pun. Saya ni sebab tabiat kot. Haihh, sekiranya tercalon dalam GADIS MELAYU TERAKHIR, mungkin belum isi borang pendaftaran dah kena halau. However, I'll try :)
- Aurat lengan tak jaga.
Saya takdelahh dedah terus. Mungkin ada masa-masa yang saya lupa or cuai ke, lengan saya TERselak. Susah tahu, kecuali mereka-mereka yang pakai SOCKHAND. Khulasahnya, kena lebih hati-hati, atau kalau boleh saya try pakai sockhand. Err, mampu ke saya? InsyaAllah :)
Uishh, yang ni memang yang paling utama, paling betul, dan MAJORITI kitorang buat. Maafkan Puteri, Putera. Bukan sengaja. Terkeluar. Apatah lagi suara saya ni dah layak jadi sarjan kawad kaki. Susah laaa yang ni. Sebab saya ni memang terlalu girang, seperti nama saya. FARAH. Haiiih, kadang-kadang, aku rasa nak nama SAKINAH je. Jadi takdelah orang lain mendoakan aku semakin girang tiap hari. Takpe, saya bangga dengan nama saya. Plus, puteri-puteri yang dekat stesen bas. Ohh, parah, parah. Okayy, puteri yang ni balik ngan kereta. Hehe :)
- Suara tak jaga.(Ketawa terbahak-bahak and else)
Okay. Okay. Asyik menyebut kelemahan puteri. Yang putera tu macam mana pulak?
Wahai putera-putera yang gentle-gentle sekalian. First of all, puteri-puteri kat sini nak berterima kasih kepada putera kerana menegur perbuatan kami. Tapi, putera pun menyumbang jugak sedikit sebanyak dalam keruntuhan akhlak pelajar-pelajar maahad ni. Kenapa?
- Sebab korang yang gatal.
Haha, kejamkan? Tapi betul. Siapa yang biasanya ajak kapel dulu? Siapa yang selalu bagi kat gadis-gadis kata-kata yang manis dan pujian? Satu perkara putera kena ingat. Even korang tengok puteri-puteri maahad yang nampak sombong, menundukkan pandangan ketika berselisih dengan lelaki, yang tak melayan ajakan-ajakan dan kata-kata lelaki yang cuba menggodanya (alamak, hiperbola la pulak), tapi dalam hati diorang rasa macam, "Ya Allah, hensemnya dia." Hehe. Tak percaya? Ni pengalaman saya sendiri okayy. Jadi, tolonglah. Jangan usik hati kitorang. Hati kitorang terlalu lembut dan mudah tergoda. Haha, overlahh! Okay. That's all.
Weii, mana aci. Puteri banyak, putera sikit.
Aci tak aci, saya dah tak jumpa salah putera. Lenguh jari menaip pun suku.
Okayy, konklusinya. Putera dan puteri haruslah saling membimbing, bagai aur dengan tebing, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing, bukan macam anjing dan kucing (Ambik ayat matluthfi). InsyaAllah, masalah-masalah budak-budak maahad takkan wujud lagi :)
Pesanan: Saling membimbing pun jangan melampaui batasan.
terbaekk n3 kau farahh!
ReplyDeleteHaha, mestii :P
DeleteSweet ayt mung! Haha
ReplyDeleteWell. Tengok tuan pulak. Sweet berganda. Err, kawan2 pun. :P
Delete